Coolwater4u

Pantau Anak Melayari Internet

Sunday 18 July 2010 , Posted by coolwater at 14:23

Naluri keibuan jelas bertakhta di hati isteri Sultan Johor, Raja Zarith Sofia Sultan Idris apabila meluahkan kegusaran hatinya terhadap kecenderungan generasi muda yang gemar merujuk blog bagi mendapatkan maklumat berhubung sesuatu perkara tanpa tapisan.


Raja Zarith risau belia cari maklumat di blog tanpa kesahihan


Berkongsi rasa hati sebagai ibu, beliau mengakui perlu menerima perubahan dalam teknologi maklumat, termasuk blog dan internet, tetapi perlu ada pemantauan, supaya tidak terpengaruh dengan perkara negatif yang mungkin terkandung di dalamnya.

Walaupun Raja Zarith Sofia kurang sihat serta keletihan berjumpa ramai rakyat sejak akhir-akhir ini, jiwanya tetap kelihatan bersemangat membicarakan isu remaja serta kanak-kanak yang sentiasa menjadi perhatiannya sejak dulu. Kebimbangan itu semakin menebal apabila memikirkan segelintir orang muda yang menerima bulat-bulat maklumat dibaca lantaran cetek ilmu pengetahuan.


Katanya, sebagai ibu mempunyai anak remaja, beliau dan suami, Sultan Ibrahim selalu mengingatkan anakanda mengenai batas dalam melayari internet dan itulah juga yang sepatutnya dilakukan oleh ibu bapa lain.

“Saya juga gemar melayari internet dan mendapati saban hari, boleh dikatakan ada 100 blog baru. Bagi wanita, ada blog untuk kecantikan dan fesyen, manakala lelaki pula ada sukan golf dan sebagainya... tetapi biarlah pemilihan itu kita tapis juga. Saya lihat ada sesetengah blog yang bukan saja tidak bertapis, malah penggunaan bahasanya amat kasar.

“Saya fikir generasi muda pula TIDAK seharusnya menerima 100 peratus apa yang dipaparkan, sebaliknya bertanya atau selidik dulu sesuatu perkara yang mungkin anda fikir maklumatnya tidak tepat,” katanya.



Ditanya mengenai blog peribadi, beliau mengakui berminat untuk menulis blog, tetapi tidak berkesempatan untuk melakukannya.

Kelihatan lembut mengenakan baju kurung rona kuning dan dipadankan selendang hijau serindit serta sentiasa menguntumkan senyuman pada bibirnya, jelas terpancar citra wanita dan wajah keibuannya.


Selain itu, Raja Zarith Sofia turut menegaskan pentingnya masyarakat menguasai bahasa Inggeris yang menjadi bahasa perantara utama dan terbitan sumber ilmu termasuk sains, teknologi dan agama.

Katanya, kegagalan menguasai bahasa Inggeris akan menjadi penghalang usaha menuntut ilmu dan mendapatkan rujukan.

“Bahan rujukan berbentuk keagamaan yang bagus seperti penulisan Imam Ghazali hanya didapati dalam bahasa Inggeris, tidak dalam bahasa Melayu. Justeru, sekiranya individu tidak dapat menguasai bahasa Inggeris, ia bagaikan satu halangan menambahkan ilmu. Samalah juga dengan ilmu yang lain, termasuk sains dan teknologi,” katanya.


p/s: senang citer la kan, semua tu atas diri sendiri dlm penggunan teknologi internet nih...kalau buka mende yg buruk,buruk la jadinye..kalau buka yg baik,baik la jadinye...tak gitu?? dan semua pon tau internet ni utk mudahkan kite mencari maklumat...so pape pon maklumat yg kite cari kite MESTI selidik terlebih dahulu...

p/s/s: so pepandai la korang pk..masing2 pon dh beso...bknnye kecik lg...dan pepandai la korang gunakan alam internet ni sebaiknye ye...agak2 bengang jgn luah kat blog...leh bawa padah...cadangan zico ialah...amik air sejuk..minum atau tuang je kt kepala...insyaALLAH tenang..huhuhu... so takde lah dtg kepanasan yg melampau,malah dpt melegakan dan meredakan kepanasan..tak caye try ler...hihihi

peace no war!!!

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment